Assalamualaikum...
Lama sudah blog ini ditinggalkan tapi pada hari ini..
Terdetik rasa dihati..
Mencoret sedikit satu memori indah yang akan muncul tidak lama lagi..
Memori indah seorang hawa bergelar ibu pada diriku ini.
Pelbagai rintangan telah dilalui..
Pelbagai halangan telahpun ditempuhi..
Ditemani tangisan setiap insan yang dikasihi..
Kini hari kebahagiaan ibu bakal menjelma tidak lama lagi.
21.12.2012..
Ya..ini tarikh keramat..
Detik perubahan bagi segalanya..
Silap diri ini menganggap detik lafaz cerai itu detik perubahan..
Apa yang datang hanyalah derita bagi ibu serta kami..
Tapi..
Diriku yakin..
Insyaallah,tarikh itu..
Itu la detik perubahan yang dinantikan..
Yang akan membahagiakan hidup ibu..
Jelas kelihatan senyuman ibu..
21.12.2012..
Detik perubahan..
Ini lah kebahagiaan ibu yang dinanti-nantikan..
Semoga Allah permudahkan segala urusan..
'SIDI SAYANG IBU'









